Penghantaran dan Kos
Super Gift akan menjalankan penghantaran di Malaysia dan Singapura sahaja. Setiap pembelian dari laman web ini merujuk ke Malaysia dan Singapura sahaja. Mata wang yang anda harus guna semasa transaksi adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan Singapore Dollar (SGD). Kos penghantaran akan dikira berdasarkan alamat pelanggan. Pembelian lain serta penghantaran di luar Malaysia dan Singapura tidak dibenarkan. Kami akan menjalankan penghantaran item anda melalui pelbagai syarikat kurier untuk memastikan anda menerima bungkusan dalam waktu yang ditetapkan. Super Gift berhak untuk memilih kaedah penghantaran berdasarkan lokasi pelanggan dan berat item.
Kos penghantaran adalah seperti yang berikut :
Penghantaran adalah percuma untuk order melebihi RM70.
Semua pembelian akan dijadualkan untuk penghantaran pada hari yang sama atau hari bekerja seterusnya setelah pembayaran diterima. Item akan dihantar pada hari yang sama sekiranya order dilakukan sebelum 5PM.
Jadual waktu penghantaran :
Semenanjung Malaysia: 2-3 hari bekerja Sabah & Sarawak: 2-5 hari bekerja Singapura : 7-14 hari bekerja
Waktu penghantaran bergantung pada lokasi masing-masing. Kami menawarkan servis penghantaran ke lokasi di Malaysia dan Singapura SAHAJA.
Kami sentiasa mengenalpasti bungkusan anda diproses dan dihantar pada hari yang sama ataupun pada hari bekerja seterusnya.
Sila pastikan alamat yang diberi adalah tepat semasa melakukan order.
Nombor pemantauan akan dihantarkan ke emel anda selepas item diproses untuk penghantaran. Anda boleh memantau status penghantaran item melalui URL yang diberikan dalam emel.
Kami akan menghantar notifikasi kepada anda jika tarikh penghantaran tidak dapat dipenuhi seperti yang dijangka. Akan tetapi, kami tidak akan bertanggungjawab pada apa-apa kerugian, liabiliti, kos, caj atau perbelanjaan akibat kelewatan ini.
Di sini kami ingin memaklumkan bahawa kemungkinan sesetengah lokasi tidak menyediakan servis kurier. Jika hal ini berlaku, kami akan memaklumkan anda dengan mengunakan informasi yang anda sediakan kepada kami semasa membuat order. Kami akan mengaturkan untuk pembatalan atau hantar bungkusan anda ke alamat alternatif.
Kami berkuasa untuk menukar tarikh penghantaran jika berlaku apa-apa kecemasan atau sempena cuti awam.
Nota :
Sila ambil perhatian bahawa kami tidak menjalankan sebarang penghantaran pada hari cuti awam. Sila memberi masa 1 – 2 hari bekerja tambahan untuk proses penghantaran jika berlaku sebarang kelewatan yang tidak dapat dijangka. |