FAQ

1. Apakah cara pembayaran yang disediakan?

Selepas anda mengesahkan order, anda akan ditujukan ke Ipay88 yang merupakan Perbankan Online Internet Malaysia. Semua cara pembayaran melalui website kami adalah dijamin selamat. Sila rujuk halaman Cara Pembayaran untuk maklumat lanjut.

2. Di manakah order saya?

Selepas order anda dijadualkan untuk penghantaran, anda akan menerima emel berlampirkan tarikh penghantaran, kaedah penghantaran dan nombor pemantauan bungkusan untuk rujukan. Untuk informasi yang selanjutnya, anda boleh menghantar email ke info@supergift.com.my atau whatsapp kami di 011 – 1330 – 8864.

3. Apa yang harus saya lakukan apabila menerima item yang rosak?

Sila rujuk halaman Polisi Pulangan Item dan Bayaran Balik.

4. Bilakah saya akan menerima item saya?

Order anda akan dihantar melalui Pos Laju.

Anggaran jadual waktu penghantaran :

Semenanjung Malaysia dalam tempoh 1 – 2 hari bekerja,

Sabah & Sarawak dalam tempoh 2 – 5 hari bekerja,

Singapura dalam tempoh 7 – 14 bekerja.

Jika item anda tidak sampai dalam tempoh waktu yang ditetapkan, sila hubungi pasukan khidmat pelanggan kami di info@supergift.com.my.

Maklumat lanjut boleh didapati di Penghantaran dan Kos.

5. Saya tersalah tulis alamat penghantaran saya! Bolehkah saya menukarnya?

Jika hal seperti ini berlaku, sila hantarkan emel kepada kami secepat mungkin. Kami akan cuba yang terbaik untuk membantu anda. Tetapi kami dapat membuat sebarang perjanjian kerana pembungkusan item selalunya dilakukan dengan cepat. Kami tidak boleh meminda order anda jika ia sudah diproses untuk penghantaran.

6.  Saya berhasrat untuk menghantar pakej sebagai hadiah. Bolehkah anda membungkus hadiah saya berserta dengan servis kad?

Boleh, sila tulis nota semasa anda membuat pembayaran. Servis tambahan ini adalah PERCUMA!

7.  Adakah anda melakukan penghantaran ke negara saya?

Kami menghantar produk ke Malaysia dan Singapura sahaja.

Akan tetapi, kami boleh membuat pengecualian. Sila emel kami di info@supergift.com.my.

8.  Soalan lain?

Jika anda mempunyai soalan tambahan, sila hantarkan emel ke info@supergift.com.my ataupun whatsapp kami di 011 – 1330 – 8864. Kami akan membalas mesej anda secepat mungkin.